......PICTURE.........ARTICLE...............ENTERTAINMENT...........
undefined
undefined
SpeED
            Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan
keperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas ialah murid-murid yang mengalami
masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan juga termasuk murid-murid
pemulihan. 
           Matlamat pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian
murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari dan berjaya dalam
kehidupan (Jabatan Pendidikan Khas, 1997)
          Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran melibatkan kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku, sosial, penguasaan bahasa lisan, membaca, matematik, berdikari serta meningkatkan kemahiran fizikal.
pada peringkat ke-2 (1948-1980)
kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di JOHOR dan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang. penubuhan sekolah ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya Kementerian Pendidikan telah melipatgandakan usaha bagi meningkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas dengan mewujudkan KURSUS untuk guru-guru di MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS, Cheras. Maktab ini menawarkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963)...

pada peringkat ke-3 (1981- KiNi)
pihak kerajaan adalah tunggak utama di mana telah memberikan kemudahan fizikal seperti sekolah, khidmat sokongan(pekerja), sumber kewangan,serta khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Komuniti Pendidikan Khas ini.